Sunday, December 25

My First 'Says.my' Earning

  This is my first earning on the web. Terasa nikmatnya bila usaha yang agak lama membuahkan hasil. Walaupun x seindah Nuffnang, tetapi pulangannya lumayan. Mungkin aku juga perlu meletak ads Nuffnang dalam blog aku ini. But my traffic not as good as you Ben Ashaari. Sebab itu la aku tak mau letak kan. Says.my la yang aku dok layan sekarang ni.

Ini la benda Says.my tu

  Haha.. Setelah berbulan-bulan lamanya aku buat benda ni. Akhirnya dapat juga aku merasa duit dia. HSBC dah selamat 'bank in' duit aku dengan mengenakan cas sebanyak RM1.00. Seringgit ja pon.

  So, pada yang mana-mana nak cuba benda ni boleh la klik sini yer : Says.my

 Ok, cara di senang saja dan nak 'sign up' pun senang. Hanya gunakan 'Facebook' dan isi ruangan yang telah disediakan. Upah yang diberi untuk setiap klik adalah 20 sen. Banyak kan. Memang banyak pun. 

 Cara untuk mendapat klik-klik tersebut ialah dengan 'share' iklan yang disediakan pada 'Facebook' dan di mana jua yang anda mahukan. So, 'paste' jer kat mana-mana yang korang nak. :P

Quotes #5

  Punca datangnya kreativiti tersebut datangnya dari pelbagai cara :

"The secret to creativity is knowing how to hide your sources"
Albert Enstein

Friday, December 23

Quotes #4

  Masa anda dihabiskan begitu sahaja dengan enjoy sana-sini. Betul ke masa anda dibazirkan begitu sahaja ?

Time you enjoy wasting, was not wasted.

John Lennon says.

Telatah Media Malaysia

  Ini adalah situasi sebenar yang mungkin ada benarnya di negara kita yang tercinta iaitu Malaysia. Berikut merupakan cover story media hari ini. Layan... :)

Situasi sebenar :Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati ditempat kejadian. 
Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari." 
Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan." 
Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda       pembangkang?"
Harakah - "Kami tiada beca." 
Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah." 
Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!" 
Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca." 
Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster." 
Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi." 
Maskulin : Lelaki bawa beca selamatkan ubi adalah ciri lelaki sejati~
Sinar Harian : Nenek dilanggar Beca Rempit!
 
Nona: Nenek awet muda kini tiada lagi. 
Remaja : remaja gagal selamatkan ubi... nenek meninggal... 
Hot.fm : ceritakan kisah menyedihkn anda bersama nenek dan ubi... 
Sinar.fm : Keluhan seorang penarik beca apabila nenek maut dihempap ubi. 
999 : dimanakah peranan pemandu beca, sehingga tergamak melanggar nenek dan ubi... 
Bersamamu: liku2 terakhir nenek tua bersama ubi dan beca usang... 
Aduan Rakyat : Disebabkan sambil lewa pembeca, nenek terbunuh disamping ubinya... 
Edisi Khas : Seorang nenek tua pon adohai, telah di langgar lari kannye pon...telah mati dtempat kejadiannye adoiiinyeee!!!! 
BANG BANG BOOM!! : akibat diacah2 untuk dilanggar dengan beca, nenek tua mati mengejut bersama ubi di tangan.... 
Upin dan Ipin: BETUL, BETUL, BETUL...........

  Do you agree ??

Wednesday, December 21

Quotes #3

  Teringat bila aku geram kat seseorang. Geram sangat-sangat. Tapi bila dah marah sangat-sangat, apa pun x ingat la jadinya kan. 

Sifat dengki dan marah akan menyebabkan seseorang akan merubah kita menjadi dirinya.

  Jadi sapa yang x puas hati sampai nak buat dengki kat orang. Ingat la yang kita pun sama macam dia.

Tuesday, December 20

Quotes #2

  Mahasiswa bakal diludah ? Mahasiswa nyaris ditumbuk. Adam Adli. A Samad Said telah berkata,

Laga hujah,

lebih wira
daripada
laga ludah.

    Sekian, wasalam.

Monday, December 19

My Worst Haircut

  Today is my worst haircut day. Aku dah tobat nak gunting rambut kat kedai India dah. Rosak  rambut aku. Fail.

  Yang panjang dah jadi pendek. Yang pendek dah jadi panjang pulak. Aduh. Kenapa la rambut aku perlu jadi begini. Lepas ni kena cari tempat yang ekslusif sikit la. Ni la rambut aku setelah kena penangan Muthu.

Amacam bro ???

Bermonolog "Tingkat"

  Salam lagi sekali. 

  Kenapa kadang kala aku selalu memikirkan yang aku tidak perlu memikirkan mengenai masa depanku. Walaupun aku tetap berpendirian bahawa aku hanya perlu "go with the flow", tetapi otak aku tetap ligat memikirkannya. Aku bakal menghabiskan pengajian diploma aku tahun depan. Apa yang aku tahu aku masih tidak tahu ke mana arah hala tuju kehidupan aku ini. 

  Banyak perkara yang ingin dan perlu dilakukan oleh aku. Semakin umur aku meningkat semakin tanggungjawab dan keinginan aku. Umur meningkat maknanya rumah tangga akan didirikan. Apabila rumah tangga bakal didirikan, keperluan rumah itu sendiri perlu cukup. Bukan sekadar ilmu tetapi juga harta. Bukan semua harta yang tidak perlu ada apabila nilai-nilai murni merupakan harta anda. Tetapi itulah hakikatnya apabila umur anda semakin meningkat.

  Setelah umur semakin meningkat. Keperluan teknologi juga akan meningkat juga secara tidak langsung. Yang bergerak ke sana ke mari menggunakan motorsikal, akan bertukar kepada kenderaan yang lebih efisien seperti kereta. Semakin kita menigkat dalam apa jua bidang, semua perkara perlu ditingkatkan. Semakin cerdik anda semakin banyak yang anda perlu pelajari. 

Sekian, wasalam.

Quotes #1

   Salam, disebabkan dah terlalu boring menghadap laptop. Jadi aku mengambil keputusan untuk buat satu kategori iaitu "Quotes". Di mana segala "Quotes" yang dok ada dalam kepala otak aku ni boleh di displaykan di blog aku ni. So, "Quotes" hari ini adalah :

Jika ada secebis kejahatan, jangan harap yang semua orang akan kata kita baik walaupun 1juta kali kita lebih baik dari orang lain.

Sekian untuk hari ini.

Saturday, December 17

Permulaan Penggal Baru

  Salam. Hari ini  telah bermulanya permulaan yang baru bagiku bagi penggal yang terakhir ini. Insyaallah akan aku buktikan pada semua orang yang aku boleh berjaya dan aku mampu buat. 

   Masalah yang lama pun masih belum selesai. Bukan hati aku yang keras. Hati kau lagi keras dari aku. 

   Permulaan yang agak memenatkan aku. 

Saturday, November 12

Post Update

   Episod final exam dah kembali. Agak lama tak update blog ni. Minggu-minggu final yang agak mematahkan semangat aku. 

Dengan poket pun tengah kosong la ni. Maklum la dah nak akhir sem ni kan. Duit PTPTpu pun dah abeh. Shopping sakan sampai tak ingat dunia. Macam tu la jadinya. Dugaan-dugaan, tapi nak buat macam mana kan. Life must go on. 

   Dengan adanya kawan-kawan yang sudi menemani aku dan mengajar aku, aku dapat juga study dengan tenang. Pagi ni aku ada la sikit kelapangan nak post dalam blog yang dah berhabuk ni. Orang sibuk la katakan.

   Jadi stay tuned with me untuk mengetahui lebih lanjut yer :P

Monday, October 24

What Malaysia do to a Malaysians

   La ni kita dok dngar macam2 pasai politik kat Malaysia ni kan. Semua dok buka aib bagai. Aib aku dia buka, aib dia aku buka. Macam2 sangat la. Korupsi, tak payah nak kata la kan. Video lucah, dah jadi macam macam video Bugs Bunny dah la ni. Surat khabar apatah lagi, baca pun mengarut ja. So, apa yang kita perlu buat la ni. La ni kita video bawah ni. Supaya mata kita boleh terbeliak sikit. Kalau nak sedarkan diri tak payah nak panggil doktor mana2 pun. Ijazah yang datang dari jalanan is the best. Jadi tengok dan fikir pasai video di bawah ni.

Dah pikir, komen. :P

Saturday, October 15

McD untuk Budak Kecik

   Salam 1 pagi. Sementara nak pejamkan mata nak tido dah. Tiba-tiba teringat pula zaman kecik-kecik dulu. Waktu aku yang paling manja, yang paling comel, yang paling hot. Maklum la anak sulung dalam family. Saat-saat indah masa kecik dulu tak pernah aku lupa baik yang manis baik yang pahit. Tak lupa juga kenagan yang memalukan. 

   Kenangan yang paling bijak sekali bila aku merap nak Mcd. Kecik-kecik dah pandai makan Mcd, sempoi la beb. Masa 2 aku x ingat la umo aku brapa tapi memang kecik la masa 2. Aku ada dalam keta ngan ayah n mak masa 2. Saja jalan-jalan isi masa lapang. Lepas 2 aku nmpk satu billboard McD, aku punya merap la nak. Masa 2 mana tau apa lagi. Yang tau minta ja smua dapat. Aku punya merap sampai aku tetidoq la. Lepas aku jaga ja dari tidoq, aku tanya ayah aku, 

dah beli Mac D ka ayah.

Ayah aku cakap,

Mac D xdak kat cni, kat tempat lain ada la...

Aku cakap kat ayah aku..

Ayah tipu.....tadi ada iklan Mac D..awat plak xdak Mac D.. :D

Cerdik jugak aku kecik-kecik dulu...Selamat x kena penyepak arab ngan ayah aku...

Buang Tebiat Agaknya

Friday, October 14

I'm Feeling so Hungary

   Disebabkan exam MUET dah nak dekat, so aku nak rojakkan entry kali ini. OK. Atas alasan yang tertentu I have to take the MUET. Aduh nak kemana pun tak tahu lagi. Belajar pun asyik kantoi. Ada hati nak amek MUET. Hahahaha. Xkan la sebab kita selalu kantoi, kita x pandai macam orang lain kita nak give dengan mudah kan.

   X best la camni kan. So, apa yang perlu kita wat ??? Kita teruskan juga dengan kehidupan yang 'sempoi' tu kan. Just be whatever u are. 

   Ur life will depends completely on urself. Be ur self and u'll be in ur life. Orang bijak x perlu dikenali ;P ;P Walau jalann mana yang aku pilih xkan ku sesalinya nanti.

Juz be a Lone Ranger

Tuesday, October 11

Wordless Wednesday #1

  Wednesday bisu yang pertama... :)

Kawan Makan Kawan :(

   Hurmmmm.. kawan apa yang sanggup mengkhianati kawannya sendiri. Mungkin "kawan makan kawan" yang menyebabkan ia menjadi begitu. Begitulah dunia. Tiada yang seindah bahasa. Dikhianati kawan sendiri. 

   Separuh mati menyanjungi dia. Sampai kita buta dan tak nampak kehitamannya. Mungkin salah aku juga tak dapat menilai apa yang tersirat di hatinya. Mungkin perlu "sudah terlajak baru nak terngadah". Tapi setelah terkena ke batang hidung sendiri baru aku nak tersedar.

  Macam tu lah dunia zaman sekarang, tidak akan ada lagi istilah kawan. Sahabat yang perlu dicari..

Kawan makan kawan macam ni kot ???

Saturday, October 1

So Sweet...

   Lama dah aku takupdate blog ni. Dah bersawang teruk dah. Kali ni aku nak share sikit pasai satu family ni. Sweet sangat tengok si ayah dengan anak pompuan dia. Sweet sangat.

  Si ayah ni nama dia Jorge, anak yang cium pipi dia tu nama dia Alexa, yang kecik tu pulak nama dia Eliana. Nak tengok betapa sweetnya family ni,layan vdeo ni.

   Layan.... 

Saturday, September 17

Hilang Pen Musnah Masa Depan ???

   Salam, betul ka kalau tiba2 pen kita hilang, masa depan kita boleh musnah ?? Biar betol. Tak percaya ka kawan2. Kalau x percaya juga baca bawah ni.

Hilang pen - tak boleh buat keje skolah,

Tak buat keje skolah - tak pandai,

Tak pandai - fail SPM,

Fail SPM - tak dapat masuk U,

Tak dpt Masuk U - takde ijazah,

Takde ijazah - tak boleh dpt keje,

Tak dapat keje - takde duit,

Takde duit - kusut masai,

Kusut masai - tak hensem,

Tak hensem - takde awek,

Tak ade awek - tak boleh kawin,

Takleh kawin - takde anak,

Takde anak - lonely,

Lonely - tertekan,

Tertekan - bunuh diri,

#WARNING# - jangan bagi hilang Pen ! !

  Amacam ??? Dah percaya ke blom kawan2. So, klau ada kawan2 yng suka pinjam pen tu kan. Jangan la bagi yer. Nanti klau dia bagi hilang.... Naya....

Sunday, September 4

Masa Segalanya

   Makin hari aku tengok makin ramai kawan-kawan aku yang dah berjaya. Masing-masing dah berjaya. Yang dah belajar, belajar hebat-hebat. Yang dah kerja pun dah kerja hebat-hebat. Semua ni nasib hampa ka. Tak pun memang ketentuan hampa macam tu.

   Adakah aku puas dengan apa yang aku ada. Sehingga aku tak mahu mencari yang lebih elok. Orang lain sibuk nak maju. Aku ni nak duduk diam saja ka. Nak teruskan hidup aku yang sederhana. Dan set kan minda aku yang 'ini ja yang aku mampu, tak perlu nak ikut orang lain'. Macam tu ka yang aku perlu buat. 

   Tak pun aku kena terus berusaha sampai aku tak endahkan apa yang terjadi sekeliling aku. Semata-mata nak sama taraf dengan orang lain. Masa ka yang akan tentukan semua ini. Baru aku sedar aku ni x seberapa pun jika dibandingkan dengan orang lain. Aku hanya punyai angan-angan.

   Angan-angan yang buatkan kita terus hidup. 

Monday, August 22

Melihat Dunia

  Korang tahu tak camna nak lihat dunia ni. Pernah x korang lihat dunia ni dari sudut yang lain. Dari kecantikan dia, dari kesempurnaan dia, dari ketidak sempurnaan dia, dari kejadian dia, dari masalah dia. Rasa-rasa korang la kan, apa yang di dunia ni yang betul-betul memberi makna kehidupan kepada korang.

  Apa yang betul-betul membuatkan dunia ni menakjubkan adalah kesinambungan kehidupan makhluk-makhluk yang berdiri atas dunia ini. Saling kait antara satu sama lain. Satu jatuh masih ada yang berdiri. Satu berdiri masih ada yang jatuh. Masing-masing akan menjaga kepentingan masing-masing. Secara tidak langsung hak tersebut adalah pemangkin dalam dunia ini. 

  Basically, apa yang berlaku atas dunia ini memberi kesan kepada semua makhluk tak kira manusia atau benda lain. Yang penting ia masih berada di atas dunia ini. So, mari kita mengambil satu langkah yang bertanggungjawab untuk memikirkan nasib saudara-saudara kita yang di luar sana yang masih berada dalam krisis. Sama-sama kita bersyukur atas apa yang kita ada.

Sunday, August 21

Sell-fish atau Sel-fish

   Bukan yang jual ikan tu...ini selfish yang lain la... Selfish yang ni maksud dia penting diri sendiri. Bukan yang jual ikan tu. Yang jual ikan tu xdak masalah. Yang masalahnya sekarang ni yang penting diri sendiri ni. Agak-agak korang, penting diri ni elok tak untuk kehidupan kita sekarang ni. 

  Aku rasa sekali-sekala kita patut jadi selfish jugak la. Maklumla sekarang ni semua orang berlumba-lumba dok cari harta kan. So, tak salahkan kita nak jadi selfish seketika. Lagipun tak rugi kalau kita jadi selfish ni. Semua kita boleh dapat tanpa hiraukan orang  lain pun. Dalam otak kita pun set jugak. Kita kena cakap kat otak kita yang jangan hiraukan orang lain. Pikir diri sendiri ja. 

  Tapi oleh sebab asyik latih otak kita untuk jadi selfish, maka kita akan jadi seselfish yang boleh. So, jadilah macam yang ada sekarang ni. Ada yang masih tamak, dengki dan dendam. Ini semua akibat selfish la. So, kalau hampa nak jadi selfsh, jadi yang jual ikan tu. Sapa pun tak kacau hampa. ^_^"

Saya Mau Join Bloglist Cik Ross

   Dok tengah usha-usha update blogger-blogger yang lain terjumpa plak segmen ni. Cik Ross ni nak buat rombakan sikit kat dia punya bloglist. So, dia buat la satu segmen ni. aku pun tanpa segan silu nak jugak join kan. Alang-alang tengah rajin ni. Tak salah kan nak taip 2 3 baris ayat.

  Hye Cik Ross, salam perkenalan ye :P

Tuesday, August 16

Kenapa Aku Masih Poyo.

   Kenapa aku masih poyo dan tetap poyo. Kenapa la aku ni masih juga poyo. Bukan ada sapa pun yang rajin nak datang melawat blog aku ni kan. Ada orang kata yang aku ni syok sendiri. Blog tak hebat mana pun, entri tak gempak mana pun, harap layout ja sempoi. Tapi apakan daya aku nak juga blogging. Poyo pun poyo la. 

   Kenapa aku masih poyo. sebab pada satu malam ada sorang pakcik ni datang dalam mimpi aku. Dia kata dia nak aku blogging juga walau macam mana pun. Kalau akau tak blogging aku akan dilanda musibah. Aku terkejut dan terus bangun dari katil. Mujurlah masa tu aku tido dgn mak aku. Muka pakcik tu lebih kurang mcm ni la....

   So, kenapa aku tetap poyo juga. Entri ni pun dah cukup poyo.  
 
Monday, August 15

Rilek Sebentar Mau Promote Blog Anda

  Hahahaha... Ada blogger ni wat satu segmen la. Jom try join nak. Sapa join maka ia akan diserang. Blog dia akan dipromotekan Oleh blogger Rilek Sebentar ni. Jomla kita join dia ramai-ramai. Kita pula yang serang dia.

Sunday, August 14

Kampus Ramadhan

   Setelah berlalu fasa yang pertama, aku ada merasakan diri aku ini berlaku satu transformasi yang agak memberangsangkan. Ya aku akui nafsu makan aku agak terkawal setelah kenaikan berat badan yang mendadak. Ini semua nak pakai baju raya punya pasal la. Baju raya dah beli makan pun kena kurang la kan. Kalau tak kurang tak pakai la baju raya tahun ini.

  InsyaAllah bulan Ramadhan ini bolehlah kita sama-sama mengubati diri kita masing dari segala penyakit rohani. Bak lirik lagu Buka Puasa post yang lepas kan...

Penyakit hati penyakit malas
Penyakit iri penyakit ganas
 Penyakit marah penyakit parah
Penyakit khilaf begitu sudah 

  Begitulah katanya. Jadi harap-harap penyakit kat atas tu xdak la dalam diri kita lepas ni kan. Bulan  puasa ni la kita nak mengajar diri kita supaya lebih dekat dengan pencipta kita. Marilah kita jadikan Ramadhan yang suci ini sebagai satu bulan pengajian yang amat indah. Yuk kita sama- sama jalankan ibadah kita.

  Entri pun dah agak panjang. Macam biasa Youtube datang menjelma.. :D

Saturday, August 13

Kenapa Aku Tulis Pendek-pendek ??

   Kenapa aku suka tulis entri pendek-pendek. Sebab dia best.... HAHAHAHA :D. Entri yang pendek tidak bermaksud intinya kosong. Mungkin intinya padat walaupun tak sepadat mana.Entri panjang-panjang pun kadang-kadang penuh dgn ayat yang berbunga sangat kan. So, aku ambil keputusan untuk tulis entri yang cukup untuk yang tua, yang muda, yang kecil, yang besar, boleh baca. Tak payah nak zoom in, zoom out masa baca entri kita tu kan. Yang penting entri kita ada benda yang kita nak sampaikan dan ia disampaikan dengan sempurna.

   Kalau aku tulis panjang-panjang nak kena pikir pulak nak tulis apa. Silap aribulan jadi la mcam gambaq atas tu. Dah jadi macam beruang tulis pulak.

  Jadi terimalah entri aku seadanya. Peace yo. :D 
 
Berbuka Versi Indonesia

   Salam sebelum berbuka puasa. Disebabkan lama x post entri dek melayan Youtube. Kali ini aku share satu lagu Indon yang agak sempoi la. Apa yang aku dapat tengok dari video2 Indon ni. Aku tengok kreativiti yang ada dalam pembikinan video tu. Menarik, simple, steady, tapi memang ada class la. So, mari kita layan video ni.

  Ingat ye kawan-kawan semua. Sebelum berbuka baca doa. Semasa berbuka makan seadanya. Selepas berbuka jalankan Terawih. :P

Tuesday, August 9

Sebuah Ceritera Cinta.

   Salam sebelum terawih. Malam ni aku nak share sikit pasai satu ceritera cinta yang mungkin aku akan membantu tuan empunya ceritera itu. Sebelum ia menjadi sebuah dongengan, lebih baik kita jadikan ia satu kenyataan. Betul x ???

  Ceritera ini aku ambil dari sebuah blog. Blog tu nama dia My Life. So, aku nak share la sikit tentang ceritera ni. 

  Sahabat ku aku tahu yang kau memang inginkannya menjadi suri hidup mu. Tetapi sabarlah sahabatku. Mungkin ini ujian dan dugaan yang perlu kau tempuhi sebelum ceritera kau menjadi kenyataan. Ya aku akui yang ujian ini terlalu menguji batin kau sahabat. Sesungguhnya sabar merupakan satu jalan yang terbaik buat kau sahabat ku. 

  Ingatlah Ehsan Tamimi. Cinta itu tidak datang sendiri. Janganlah jadi pencinta yang buta. Biarlah cinta itu mekar dengan menjaganya.  

Monday, August 8

The Ballad of Jimi Acid

   Salam tengah malam. Sari berita utama seorang remaja, Jimi Acid disyaki telah meng'acid'kan dirinya setelah putus cinta. Sekarang beliau berada di bawah Unit Rawatan Rapi kot. Apa orang panggil ICU. ICU la senang cita. Mari kita ikuti kisah nya.

Saturday, August 6

Melantak or Just for Breaking Your Fast.

   Melantak or makan secara gelojoh. Adakah korang makan dengan banyak atau sekadar berbuka puasa setelah seharian penat mengerjakan ibadah puasa ??? Jika korang makan bagai nak rak. Di harap ubah la perangai tu yer. X elok bonar la den nengok. Dah macam ular sawo kenyang la. Kan x bagus untuk kesihatan. Kata nak diet bagai. Tapi jejak ja kaki kat Bazaar Ramadhan dah lupa dah azam kita nak berdiet 2. Apakan daya nafsu kuat sangat. Tapi xpa berkat usaha gigih kita semua insyaAllah kita akan berjaya. Mari kita layan video ni yer kawan-kawan. Moga-moga kita boleh ubah perangai kita 2.

Suka Korek Hidung

   Anda suka korek hidung ??? Xnak tinggalkan tabiat anda walaupun berada dalam bulan Ramadhan ??? Xpa Islam telah menyediakan kesenangan tersebut kepada anda. Dan anda x perlu risau jika korekan hidung anda itu akan membatalkan puasa anda. Berita gembira kan. Bawah ni ada jawapannya untuk anda-anda yang suka mengorek hidung anda.

Mengeluarkan kotoran daripada hidung dan telinga tidak membatalkan puasa. Kerana ia bukan dikira makan dan minum, dan tidak boleh disamakan makna dengan makan dan minum.
Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhu’ juga tidak membatalkan puasa, tetapi janganlah berlebihan. Dalam hadis Laqit bin Shabirah:

Maksudnya: Berlebih-lebihlah dalam istinsyaq kecuali jika kamu berpuasa.
Direkod oleh Abu Daud (no: 142), Tirmizi (no: 788), Nasaie (no: 87) dan Ibn Majah (no: 407).

   So, lepas ni kalau u all nak korek, silakan la. Tapi cover-cover la ckit ye kawan-kawan. Malu la kalau orang nampak nanti kan. Apa-apa hal pun pastikan puasa kita puasa yang ikhlas kerana Allah S.W.T. Janganlah kita puasa semata-mata kerana ayah, ibu, mama, papa, ummi, dan lain-lain lagi la kan.

10kg = 2 Tahun

  2 Tahun dah naik 10kg. Kalau lagi banyak tahun, mesti banyak kilo la kan. Malam ini nak cerita pasal kenaikan berat badan. Tanpa diduga berat badan aku dah naik 10kg. Maybe korang akan kata yang ia memang bagus untuk tumbesaran aku. Tapi kalau dok maintain macam ni, mampus la aku jawabnya. Cuba korang bayangkan, lagi 10 tahun aku hidup berat badan aku dah naik 50kg la. Ish...masalah besar ni. Korang nak aku jadi camni ka ??? Mesti korang xnak kan. :P

  So, aku nak ambil kesempatan dalam bulan puasa ini untuk diet dari segi pemakanan aku dan juga perbelanjaan aku. Xmau la aku nak sia-siakan peluang ini. Korang pula camna ??? Xnak ambil kesempatan ini jugak ka. Mana la tahu kan dalam sebulan ini korang boleh mengubah diri anda. Kerana kecantikan adalah hak milik setiap insan.

Wednesday, August 3

Ceritera

Salam kawan-kawan. Try layan lagu ini pula. Besides, whats the meaning behind this song. I like the lyrics very much. Mari luah kan pandangan anda masing-masing

Sunday, July 31

30 Terawih

   Salam Ramadhan, malam ni aku nak sebarkan tentang kelebihan-kelebihan malam-malam Ramadhan. Amatlah rugi jika hanya berpuasa di siang hari tanpa beribadah di malam hari. Rugi besar ka. Malam-malam Ramadhan mempunyai kelebihan. Selama 30 hari berturut-turut kita menunaikan solat sunat Terawih 30 hari itu jugalah kita mendapat keuntungan yang tiada tandingannya. Malam-malam Ramadhan adalah seperti di bawah ni haa..

  1.  Dosanya keluar seperti ia baru di lahirkan ibunya.
  2. Dosanya di ampuni, begitu pula dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.
  3. Di panggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan: “Mulailah kamu beramal sebab  Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu”. 
  4. Di beri pahala yang sama, dan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran. 
  5. Di beri pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin.
  6. Di beri pahala seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.
  7. Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman.
  8. Di berikan oleh Allah segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahim ‘alaihisalam.
  9. Seperti pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
  10. Di kurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat.
  11. Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan dari kandungan ibu bersih daripada segala dosa.
  12. Datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama.
  13. Datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan.
  14. Disaksikan oleh para malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan di bebaskan oleh Allah dari segala mudarat. 
  15. Di minta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kerusi. 
  16. Di bebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.
  17. Di beri pahala seperti pahala para Nabi.
  18. Di seru oleh para malaikat, “Wahai hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu”. 
  19. Di angkat darjatnya ke dalam syurga firdaus. 
  20. Di beri pahala para syuhada dan salihen.
  21. Di bina rumahnya dari nur di dalam syurga. 
  22. Kelak di hari kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.
  23. Di bangunkan sebuah kota untuknya di syurga.
  24. Di beri pahala yang berupakan dua puluh empat permohonan di kabulkan.
  25. Di hapuskan dari seksaan kubur. 
  26. Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.
  27. Dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, dia akan dapat melintasi dengan laju bagaikan kilat menyambar. 
  28. Allah mengangkat dengan seribu darjat di syurga.
  29. Diberi pahala seribu haji yang mabrur.
  30. Di panggil dan di persilakan oleh Allah, wahai hambaku, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engkau hambaku.

Marilah saudara-saudaraku sekalian. Marilah mencari keberkatan di dalam bulan Ramadhan ini.

Welcome Ya Ramadhan.

───▄▀▄────────────────────────​─────────▄▀▄────
───█░░░█──────────────────────​─────────█░░░█───
──█░░░░░█─────────────────────​────────█░░░░░█──

...──█░░░░░█──────────────☪───​───────────█░░░░░█──
──█░░░░░█──────────────█──────​────────█░░░░░█──
──█░░░░░█────────────▄▄▀▄▄────​────────█░░░░░█──
──█░░░░░█───────────█░░░░░█───​────────█░░░░░█──
──█░░░░░█──────────█░░░░░░░█──​────────█░░░░░█──
──█░░░░░█─────────█░░░░░░░░░█─​────────█░░░░░█──
──█░░░░░█────────█░░░░░░░░░░░█​────────█░░░░░█──
──█░░░░░█───────█░░░░░░░░░░░░░​█───────█░░░░░█──
──█░░░░░█──────█░░░░░░░░░░░░░░​░█──────█░░░░░█──

██████████████████████████████​█████████████████
█░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░​░░░░░░░░░░░░░░░░█

█▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓​▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓█
█─▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄​▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀─█

█░░░░░▄▀▄░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░​░░░░░░░░▄▀▄░░░░░█
█░░░░█───█░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░​░░░░░░░█───█░░░░█
█░░░█─────█░░░░░░░░░░░░░░░░░░░​░░░░░░█─────█░░░█

█░░░███████░░░░░░░░░░░░░░░░░░░​░░░░░░███████░░░█
█░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░█░░░░░░​░░░░░░░░░░░░░░░░█
█░░░░░░░░░░░░░░░░░▄▄▄▀▀▀▀▀▄▄▄░​░░░░░░░░░░░░░░░░█
█░░░░░░░░░░░░░░░░█─────█─────█​░░░░░░░░░░░░░░░░█
█░░░░░░░░░░░░░░░█──────█──────​█░░░░░░░░░░░░░░░█
█░░░░░░░░░░░░░░█───────█──────​─█░░░░░░░░░░░░░░█
█░░░░░░░░░░░░░█────────█──────​──█░░░░░░░░░░░░░█
█░░░░░░░░░░░░█─────────█──────​───█░░░░░░░░░░░░█

█░░░░░░░░░░░░█────▄▀───█───▀▄─​───█░░░░░░░░░░░░█

˜”*°•.¸☆ ★ ☆¸.•°*”˜˜”*°•.¸☆˜˜”*°•.¸☆ ★ ☆¸.•°*”˜˜”*°•.¸☆

~~~~~~~~~~SELAMAT DATANG RAMADHAN MULIA~~~~~~~~~~

  Welcome ya Ramadhan. May this Ramadhan bring goodness. Jadilah umat yang baik saudara-saudaraku.

Saturday, July 30

Angkuh dan Sombong

  Tak usah la kamu begitu angkuh dengan segala dosa-dosa yang telah engkau lakukan. Tidak perlu dicanang satu kampung yang kamu hebat sehingga boleh melakukan perkara terkutuk itu. Tak usah. Tak usah Tak usah.

  Tidak ada setitik pun penghargaan yang akan kamu dapat atas keangkuhan mu itu. Malahan hanyalah cacian dan kata-kata kesat. Sedarlah kamu.

  Tidak akan ada satu makhluk pun yang akan menunduk memuja mu. Di atas keangkuhan mu itu. Sekali lagi sedarlah kamu. Mereka akan meluahkan rasa jijik mereka sahaja.

New Background

  Ola... Saja nak buat new post ni. Nak announce yang aku dah tukar background blog aku.

Hahahahah !!!!

Friday, July 29

You Are Such An Annoying Person.

  How can you can be such an annoying person. Aku dah menyampah la tengok perangai orang yang 'annoying' ni.

  Before that, what in an annoying person, annoying person adalah dia ni la.. Yang atas tu la yg annoying sebenarnya. Jangan la buat perangai sangat sampai orang menyampah kan. Xdak sapa pon yg peduli kalau buat perangai macam 2....

Wednesday, July 27

Beware the Fury of the Patient People

   Alhamdulillah next fasting month is coming soon. Im so glad that we could celebrate this fasting month again. Di sini aku nak ingatkan yang bulan Ramadhan inilah bulan kita untuk senggarakan badan kita. Setelah sebelas bulan kita menyeksa perut kita dengan bermacam-macam makanan. Inilah masanya kita memanjakan perut kita. 

   Perut kita juga perlu dimanjakan. Kalau tidak dimanjakan, macam-macam ragam pula nanti. Sebab itulah kita perlu berpuasa. Smoker-smoker di luar sana  juga perlu ambil kesempatan ini untuk bersaaara daripada jadi smoker. Tidak berhenti sepenuh masa pun x apa. 

  Puasa Memberi kita peluang kepada kita semua untuk beribadah kepada Dia yang satu. Puasa juga banyak memberi manfaat kepada rohani dan juga jasmani kita Jadikanlah bulan Ramadhan yang akan datang ini satu bulan yang cukup bermanfaat buat kita semua. Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk tidak melakukan aktiviti harian kita. 

  Malam-malam pada bulan Ramadhan juga banyak faedahnya. Bersolat tarawih pada waktu malam selama 30 malam berturut-turut banyak manfaatnya. Banyak pahalanya jika berbuat begitu. Tidak cukup dengan solat tarawih, marilah kita sama-sama mencari malam yang lebih dari seribu malam iaitu Lailatulqadar.  Kita tidak akan rugi walau setitik peluh pun jika kita betul-betul ikhlas dalam melaksanakan perintahNya.

Sunday, July 24

Hati Yang Hanya Dapat Dicuri

  Sesetengah insan selalu fikir bahawa wang adalah segalanya. Memang betul, tetapi sesetengah perkara tidak dapat dibeli dengan wang mahupun segunung emas. Hati yang tulus ikhlas tidak dapat dibandingkan dengan segala yang terdapat di dalam dunia ini.

  Ia adalah satu-satunya perkara yang hanya boleh dicuri. Curilah ia dengan seluruh hati anda semua. Dan jagalah ia sebaiknya. Jangan biarkan ia dicuri oleh orang lain lagi. 

  Orang yang anda paling sayangi adalah harta yang amat bernilai bagi anda semua. Janganlah anda mengambil mudah terhadap apa yang terjadi di sekeliling anda dan juga pujaan hati anda. Hatinya amat rapuh jika tidak dijaga dengan elok. 

 Walaupun ia hanya sekeping hati yang dicuri, jagalah ia sebagaimana anda menjaga hati anda. Jangan biarkan ia berlal begitu sahaja dari hidup anda semua. 

Thursday, July 21

Maaf Lelaki & Perempuan

  Maaf, satu perkataan yang senang dilafazkan. Tetapu hakikatnya sukaruntuk kita menerimanya. Begitulah lumrah kehidupan kita di atas dunia ini.

Syg....Abg minta maaf, abg xdpt balik awl mlm ni.. 

  Adakah si isteri dapat menerimanya. Mestilah tidak. Giler ke apa dh janji nk pegi candle light dinner tiba2 x jd plak. Tetapi atas dasar seorang isteri yang taat. Dia terpaksa memahami keadaan suaminya yang terpaksa bekerja siang dan malam untuk menyara keluarganya yang besar.

  Walaupun si suami selalu tidak menunaikan janjinya pada isteri kesayangannya. Dia tetap menggembirakan hati isterinya. 

  Begitulah kehidupan seharian jika dah berumah tangga. Masing2 perlu bertolak ansur. Jangan ada yang main serong, main kayu tiga, scandal sana sini, sama-samalah menjaga keharmonian  rumah tangga.  

  Maaf pun ada bezanya jugak. Lelaki dan wanita maafnya berbeza. Nak tahu apa bezanya ???

  Layan !!

Inilah bezanya.
  
 Apa2 pon korg pikir2 lah yer ......

Wednesday, July 20

Bo - Malam ini + lirik.AVI

CashBase Hq

   Malam ini.......aku nk review la ckit ttg satu application ni. Application utk menguruskan cash flow saudara dan saudari sekalian. Application ni application atas talian ataupun online ye saudara saudari sekalian. Ok.

  Cash flow amat penting bagi setiap individu kerana kita dapat tahu mengenai duit kita yg masuk lambat dan keluar laju itu. Oleh itu, saudara saudari sekalian kenalah menguruskan cash flow saudara saudari sekalian. Bawah ni ada print screen application CASH BASE.

   Sapa2 yg nk try 2 bleh la klik cni ye...

p/s Kumpulkan koleksi van-van MILO sekarang. Klik sini.

Tuesday, July 19

Keluhan Sang Suami dan Isteri

Keluhan seorang SUAMI
 
Subuh, mandi nak pergi kerja.
Pagi, naik kereta pergi kerja.
Tengahari, tak payah kerja.
Petang, balik kerja.
Maghrib, tak ada kerja.
Malam, tanya bini bole kerja.
Bangun pagi, penat malam tadi kerja.
Tak sudah-sudah dengan kerja.

Keluhan seorang ISTERI:

Subuh basuh kain.
Pagi sidai kain.
Tengahari angkat kain.
Petang lipat kain.
Maghrib susun kain.
Malam BUKA KAIN.
Bangun pagi, hilang kain.
Tak sudah-sudah dengan kain……..

Xpe la sang suami dan juga sang isteri, masing-masing jagalah tanggungjawab terhadap keluarga ye. Walaupun terpaksa kerja siang malam, buka kain siang malam. Yang penting happy.

p/s Show people you're not just another DSLR owner, join this if you're a true photographer.

Sunday, July 17

Lu Kasi Taruk Kicap (toyu) Manyak2 Ckit...Baru Kaw Maa...

    Tau x apa itu toyu ???. Toyu adalah kicap dan kicap adalah toyu. Amacam dah faham ka...

soya di dalam kantungnya.

soya yg telah dbogelkan.

Ok. Kicap adalah hasil daripada kacang soya yang telah melalui proses penapaian atau 'fermentation'.  Mungkin ada di antara kita yg menggemarkan air soya yg fresh, yg putih gebu, yg bergula putih, yg bergula merah dan mcm2 lg. Tetapi tahukah anda khasiat2 yg terdapat dalam minuman soya tersebut. Berikut adalah antara keburukan yang terdapat dalam minuman soya yg fresh tersebut.

1. Tinggi kandungan 'asid phytic' yang menghalang penyerapan zat dan mineral di dalam usus. Akibatnya, zat-zat dalam makanan kita makan sehari-hari tak memberi manfaat kerana tak diserap tubuh.

2. Mengandungi 'hemaglutinin'. Akibatnya, sel darah bercantum sesama sendiri.
 
3. Mengandungi 'goitrogen'. Akibatnya, fungsi tiroid menjadi lemah.

4. Kebanyakan soya adalah 'genetically modified', tujuannya adalah untuk memperbaiki kualiti dari segi saiz dan macam-macam lah. Tapi malangnya tinggi kandungan racun perosak, dan khasiat semulajadinya.

5. Tinggi kandungan natural toxin iaitu antizat yang menghalang tugas enzim mencerna makanan dalam tubuh. Dan toksin ini tak dapat dimusnahkan melalui proses memasak. Akibatnya:* kembung perut,* kekurangan asid amino,* kerosakan pankreas. Dan akhir sekali, disebabkan unsur antizat yang ada dalam soya. Sesetengah pengeluar hasil soya dorang basuh soya tu dengan asid dalam tangki aluminium nak pastikan antizat tu hilang. Malangnya..

6. Wujud unsur 'heavy metal toxic' dalam tubuh badan, dan ia menyebabkan NYANYUK

   Oleh sebab itu, melayu kita suka mkn tempe sama kicap maa.... Tambah2 kicap Jalen pula. Lagi menambat kalbu.

   Kesimpulannya, sapa2 yg gemarkan soya hrp dpt kurangkan pengambilan soya ye. Demi kesihatan kita untuk mencari pahala yg lebih.

Wassalam 

Sunday, May 29

Contest Entry Paling Kencang

 Halo halo halo...Assalamualaikum n selamat petang. Mungkin hari ni hari aku masuk contest2 dalam blogosphere ni kot. Tadi dah ada satu. Ni ada satu lg plak. Tapi yg ni nak yg kencang2 beb. Pening kepala den aih. X pa la apa2 hal kita continue to our most kencang story ye.

   Pada satu petang yg mendung, sang kura2 berlari ank di keliling taman perumahannya. Ramai jiran tetangganya yang peramah. Terutama sang semut. Sampai kebas mulut sang kura2 menegur anak2, cucu2, cicit2 sang semut itu. Sang kura2 terus berlari ank sampai ke rumahnya. 

   Budin !!!! sudah2 la sembang ngan kura2 awk 2... Xdak faedahnya Budin oi.. Mari cni tlg mak ni...
Ala mak ni... Budin tgh cari idea nak masuk contest ni mak !!!!
Contest amendenye Budin... mari cni cpat... cpat la Budin oi !!!!
Ye la.. Ye la... Budin dtg ni...
   Budin pun pergi la tlg mak dia di dapur 2... Sang kura2 pun masuk ke dalam rumahnya dan mandi di dalam sebuah kolam yang dipenuhi sabun cuci pinggan. Sang kura2 sgt gembira sekali  kerana dapat menyejukkan badannya yg hangat tadi. 

Budin Budin... Mak awk marah kiter ke td ???
X la sang kura2... Mak saya ckp dgn itik dia td...
Owh.... -_-"
   Sang kura2 pun berendam dgn hati yg tenang dan mengharapkan hari esok lebih baik dr hari ini...
 
Saturday, May 28

Contest Kisah Paling Menyayat Hati

   Well well well.... Assalamualaikum  n selamat pagi. Ari ni aku ada terbaca blog member aku, dia ada masuk satu contest. Contest Kisah Paling Menyayat Hati. Macam best ja bunyi. Dekat blog ni la aku tgk td Faster in Life. And aku rs mcm nk try ja benda ni. So, lets continue to making our story a little bit creepy.

   Mak, Aiman minta ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki... Halalkan makan minum Aiman ye mak... Aiman banyak buat salah ngan mak...
Mak maafkan kau Aiman.. MAk sentiasa maafkan kau Aiman...
Aiman cepat bersiap.. kita nak pergi kubur bapa kejap lagi..
Baik mak !!!

   Begitu lah keadaan Aiman dan Emaknya setiap kali menjelang Aidilfitri. Setelah kehilangan bapa dan suami tercinta, hidup mereka sangat sunyi.
   
  Sudah 5 tahun bapa mereka meninggalkan mereka, namun dengan semangat yg kuat seorang ibu  Aiman. Mereka dapat meneruskan hidup mereka sehingga hari ini.

   Kejadian tersebut berlaku ketika ibu Aiman melahirkan Aiman. Ketika itu bapa Aiman seorang yg suka berfoya-foya, mabuk, berjudi, dan sering ke kelab malam.

  Ibu Aiman sg tabah menjalani hidupya bersama bapanya dan sikapnya yg tidak berubah itu. Dia tahu bahawa Allah pasti akn membantunya. Namun pada malam ibu Aiman melahirkan Aiman, bapanya menghilangkan diri. Sudah merata orang2 kampung mencari. Malah ada yg ke pekan mencari bapanya. Tapi usaha mereka sia2 sahaja. Aiman yang tidak berdosa itu lahir tanpa ditemani bapanya. 

   Walaupun setelah Aiman berusia 7 hari. Bapanya tidak pulang2 ke rumah. Esoknya datuk Aiman datang membawa satu keratan surat khabar....

   Satu berita yg akn mengubah kehidupan Aiman dan ibunya buat selama-lamanya. BApa Aiman ditemui mati kerana..... seperti dalam kerata akhbar di atas. Ia begitu sukar untuk digambarkan.

   Aiman yg tidak berdosa menjadi mangsa perbuatan bapanya itu.

   Mari kita doakan agar kehiduapn mereka kini lebih bermakna

*CERITA  DIATAS ADALAH SEKADAR REKAAN TIADA KENA MENGENA HIDUP DAN MATI

Tagged to :
  1. lzulxocraxme
  2. eawiz-skyline
  3. suffizawintowin

Blog Best

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...